KOMEN :
Sepanjang saya menjalani latihan industri di RTM Kedah, apa yang boleh saya katakan adalah RTM Kedah merupakan badan penyiaran terunggul yang mementingkan kualiti dan sedia berkhidmat untuk menyebarkan maklumat berkonsep "infortainment" dengan penuh tanggungjawab berpandukan citarasa pendengar ke arah membina dan mencapai wawasan Negara. Semasa saya ditempatkan di RTM Kedah ini, banyak sumber-sumber ilmu yang boleh saya perolehi sehingga dapat dikongsikan bersama rakan-rakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan para pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat dengan jabatan ini. Memahami citarasa pendengar yang mempunyai pelbagai permintaan untuk mendapat kepuasan dalam mencapai hasil yang terbaik. Oleh itu, adalah sangat baik Latihan Industri ini dijalankan supaya pelajar memahami cara dan tugas bagi kerjaya yang dilakukan selepas tamat pengajian.
CADANGAN :
Saya selaku pelatih yang menjalani Latihan Industri, ingin mencadangkan supaya pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan agar sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab. Di samping itu, pelatih harus juga didedahkan dengan kerja-kerja di tapak bina untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan .Selain dari itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dapat membimbing dengan sebaik mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan. Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang-tentang kerja yang berkaitan projek, di mana pengetahuan ini tidak dapat diperolehi di Politeknik hanya dengan mendapatkannya secara teori. Saya juga ingin memberikan saranan iaitu ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang baik seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu kerja supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Akhir sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa menjalani Latihan Industri supaya ilmu yang diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri sendiri.
macam mana awak mohon LI di RTM? :)
ReplyDelete