Sunday, 17 April 2016

KESIMPULAN

Pada jam 8:00 pagi pada tarikh 30 November saya berpeluang untuk menjalani latihan industri di RTM. Selepas itu, kami menjalani sesi orientasi selama seminggu.

Saya ditempatkan di Unit BES (Berita Ehwal Semasa) oleh Puan Siti Mardiah. Unit BES ini merupakan unit dimana tugasnya adalah menyediakan bahan berita, membuat liputan dan berita tempatan. Antara tugas yang diberi oleh saya adalah, membantu staf di unit tersebut keluar untuk membuat liputan, menemu ramah dan mendapatkan bahan berita. Selain dari tugas tersebut, saya juga membantu staf mengendalikan kamera semasa berita wilayah dijalankan dan menyunting bahan berita untuk dihantar ke Angkasapuri.

Setelah selesai di unit BES saya ditempatkan pula di unit OB/OR (outside broadcast/ outside recording) dimana tugas yang terdapat didalam unit tersebut adalah memuat konti diluar kawasan RTM dan merakam audio,khutbah Jumaat dan ceramah mengikut tempahan yang diberi melalui kertas atau borang tempahan. Antara tugas yang diberi kepada saya ialah, membantu staf di unit tersebut memasang peralatan audio, setup audio, mengendalikan mixer ketika rakaman berita wilayah dijalankan dan membantu untuk mendapatkan bahan rakaman untuk disiarkan ke radio.

Setelah selesai di unit OB/OR saya ditempatkan pula ke unit ICT (Information And Communications Technology) dimana tugas mereka adalah untuk menjaga dan membaik pulih pekakasan IT yamg terdapat di RTM. Antara tugas yang diberi kepada saya ialah, membaik pulih PC yang telah rosak dan menggantikan komponen yang baru.

Setelah selesai di unit ICT saya ditempatkan pula di unit MCR (Main Control Room) dimana unit ini adalah jantung atau nadi untuk jabatan RTM ini. Tgas yang terdapat didalam unit ini adalah mengawal sistem dan server di RTM. Jika server hilang, radio tidak berfungsi. Antara tugas yang pernah saya lakukan ialah membuat rakaman suara PSA tentang alam sekitar untuk dimainkan di radio.


Setelah selesai di unit ICT saya ditempatkan ke unit terakhir iaitu unit fasiliti auditorium atau dikenali di RTM, unit maintenance. Tugas yang perlu dilakukan oleh unit ini ialah menjaga sistem litar elektrik di seluruh bangunan RTM. Antara tugas yang diberi kepada saya ialah membantu staf menukar fius di litar yang telah rosak akibat litar pintas. Membantu menjayakan penyelarasan aset.

No comments:

Post a Comment