Sunday, 17 April 2016

KOMEN DAN CADANGAN

KOMEN :
Sepanjang saya menjalani latihan industri di RTM Kedah, apa yang boleh saya katakan adalah RTM Kedah merupakan badan penyiaran terunggul yang mementingkan kualiti dan sedia berkhidmat untuk  menyebarkan maklumat berkonsep "infortainment" dengan penuh tanggungjawab berpandukan citarasa pendengar ke arah membina dan mencapai wawasan Negara. Semasa saya ditempatkan di RTM Kedah ini, banyak sumber-sumber ilmu yang boleh saya perolehi sehingga dapat dikongsikan bersama rakan-rakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan para pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat dengan jabatan ini. Memahami citarasa pendengar yang mempunyai pelbagai permintaan untuk mendapat kepuasan dalam mencapai hasil yang terbaik. Oleh itu, adalah sangat baik Latihan Industri ini dijalankan supaya pelajar memahami cara dan tugas bagi kerjaya yang dilakukan selepas tamat pengajian.


CADANGAN :
Saya selaku pelatih yang menjalani Latihan Industri, ingin mencadangkan supaya pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan agar sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab. Di samping itu, pelatih harus juga didedahkan dengan kerja-kerja di tapak bina untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan .Selain dari itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dapat membimbing dengan sebaik mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan. Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang-tentang kerja yang berkaitan projek, di mana pengetahuan ini tidak dapat diperolehi di Politeknik hanya dengan mendapatkannya secara teori. Saya juga ingin memberikan saranan iaitu ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang baik seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu kerja supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Akhir sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa menjalani Latihan Industri supaya ilmu yang diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri sendiri.


KESIMPULAN

Pada jam 8:00 pagi pada tarikh 30 November saya berpeluang untuk menjalani latihan industri di RTM. Selepas itu, kami menjalani sesi orientasi selama seminggu.

Saya ditempatkan di Unit BES (Berita Ehwal Semasa) oleh Puan Siti Mardiah. Unit BES ini merupakan unit dimana tugasnya adalah menyediakan bahan berita, membuat liputan dan berita tempatan. Antara tugas yang diberi oleh saya adalah, membantu staf di unit tersebut keluar untuk membuat liputan, menemu ramah dan mendapatkan bahan berita. Selain dari tugas tersebut, saya juga membantu staf mengendalikan kamera semasa berita wilayah dijalankan dan menyunting bahan berita untuk dihantar ke Angkasapuri.

Setelah selesai di unit BES saya ditempatkan pula di unit OB/OR (outside broadcast/ outside recording) dimana tugas yang terdapat didalam unit tersebut adalah memuat konti diluar kawasan RTM dan merakam audio,khutbah Jumaat dan ceramah mengikut tempahan yang diberi melalui kertas atau borang tempahan. Antara tugas yang diberi kepada saya ialah, membantu staf di unit tersebut memasang peralatan audio, setup audio, mengendalikan mixer ketika rakaman berita wilayah dijalankan dan membantu untuk mendapatkan bahan rakaman untuk disiarkan ke radio.

Setelah selesai di unit OB/OR saya ditempatkan pula ke unit ICT (Information And Communications Technology) dimana tugas mereka adalah untuk menjaga dan membaik pulih pekakasan IT yamg terdapat di RTM. Antara tugas yang diberi kepada saya ialah, membaik pulih PC yang telah rosak dan menggantikan komponen yang baru.

Setelah selesai di unit ICT saya ditempatkan pula di unit MCR (Main Control Room) dimana unit ini adalah jantung atau nadi untuk jabatan RTM ini. Tgas yang terdapat didalam unit ini adalah mengawal sistem dan server di RTM. Jika server hilang, radio tidak berfungsi. Antara tugas yang pernah saya lakukan ialah membuat rakaman suara PSA tentang alam sekitar untuk dimainkan di radio.


Setelah selesai di unit ICT saya ditempatkan ke unit terakhir iaitu unit fasiliti auditorium atau dikenali di RTM, unit maintenance. Tugas yang perlu dilakukan oleh unit ini ialah menjaga sistem litar elektrik di seluruh bangunan RTM. Antara tugas yang diberi kepada saya ialah membantu staf menukar fius di litar yang telah rosak akibat litar pintas. Membantu menjayakan penyelarasan aset.

HARI TERAKHIR DI RTM ALOR SETAR, KEDAH

(Khamis, 14/4/16)

1. Jamuan makan diadakan oleh semua kakitangan bahagian kejuruteraan dan semua pelatih amali didalam bilik mesyuarat.


        



2. Penyampaian sijil kepada semua pelatih amali.


        

UNIT FASILITI AUDITORIUM

(Ahad, 20/03/16 - Khamis 07/04/16)

1. Saya dan Raihan ditukarkan ke unit fasiliti auditorium.

2. Diberi penerangan tentang unit fasiliti auditorium.

3. Unit fasiliti auditorium adalah unit yang tugasnya memperbaiki peralatan elektrik dan pendawaian di bangunan RTM.

4. Membantu staf di unit tersebut memasang lampu dan fius yang tidak boleh digunakan,


5. Mesyuarat Penyelarasan Aset Unit Fasiliti

      

6. Mempelajari cara-cara mengendalikan mesin kawalan lampu pentas.


Alatan - Mesin Pearl 2010 Moving Light Controller.


Langkah-langkah ;-

- Hidupkan suis mixer lampu pentas
- Pilih memori kosong untuk membuat file baru
- Naikkan pengadun utama lampu yang dikehendaki dan pilih bahagian yang ingin direkodkan
- Turunkan level pada pengadun warna dan naikkan level pada pengadun yang telah dipilih tadi
- Manakala untuk merekod lampu campuran, tekan pada butang chase dan rekodkan


     


(Khamis, 07/04/16) - Tamat di Unit Fasiliti Auditorium

Saturday, 16 April 2016

UNIT MCR (MASTER CONTROL ROOM)

(Ahad, 21/02/16 - Khamis 17/03/2016)


1. Saya dan Raihan ditukarkan ke unit MCR dan diberi penerangan mengenai unit MCR (Main Control Room).


2. Mempelajari bagaimana cara untuk menggunakan software yang ter dapat dalam VADIS iaitu System Netia.


3. Mengetahui bagaimana cara staf di unit MCR berhubung dengan DJ di konti sekiranya berlaku masalah seperti tiada siaran atau "system down".


4. Mempelajari cara untuk menukarkan siaran raidio yang lain dan beberapa buah radio yang dikawal oleh RTM Kedah.


5. Dapat mempelajari secara ringkas tentang semua peralatan yang terdapat di unit MCR.


6. Membuat rakaman suara PSA di dalam konti rakaman tentang alam sekitar.


7. Mendengar penerangan tentang Vadis Matrix Overview Patching.

- Masukkan ke Vadis Windows
- Ambil tetingkap Matrix Overview
- Tentukan destinasi audio yang diperlukan
- Tentukan sumber dan destinasi yang diingini (kuning)
- Pilih icon umtuk kesinambungan
- Tanda sumber dan destinasi berubah kpada warna (hijau)

      

     

      


(Khamis, 17/03/16) - Tamat diunit MCR (Main Control Room)



UNIT FASILITI ICT ( INFORMATION AND COMMUNICATIONS TECHNOLOGY )

(Ahad, 24/01/16 - Khamis, 18/02/16)


Saya dan Raihan ditukarkan ke unit Fasiliti ICT
Berkenalan bersama staf di unit tersebut
Diberi penerangan tentang fungsi unit ICT oleh Puan Siti Mardiah.


1. Antara tugas-tugas yang perlu dilakukan di unit ICT adalah menjaga kelengkapan komputer dan
    kemudahan alat digital yang lain. Antara tugas yang perlu dilakukan semasa berada di unit ini
    adalah :-
 
-Membersihkan komputer yang ada di pejabat.
-Membaik pulih program komputer yang tidak boleh digunakan.
-Memasang wire internet connector.
-Memastikan setiap peralatan digital lain berfungsi dengan lancar.



2. Membantu staf diunit ICT memasang komponen ke dalam CPU.

           



3. Membersihkan habuk yang berada didalam CPU menggunakan "blower"

           



3. Dipanggil ke unit BES untuk membantu staf di unit tersebut.

            



4. Diberikan tugas mengambil gambar untuk digunakan pada hari RTM.


            



5. Membantu staf pada Hari Perasmian Taman Herba.

    



6. Menyemak nombor siri pada setiap alatan digital dan komputer.
- Tulis nama alat
- Catat nombor siri pada ruang yang disediakan


7. Memasang kabel CAT6 / internet cable connecter.

        



(Khamis, 18/02/16) - Tamat di unit ICT


Friday, 15 April 2016

UNIT OB/OR (Outside Broadcast/Outside Recording)

(Ahad, 27/12/15 - Khamis, 21/01/16)

Saya dan Raihan ditukarkan ke unit OB/OR

Berkenalan bersama staf di unit berikut

Mendengar penerangan tentang unit OB/OR oleh Encik Mansor

Maksud OB/OR : Outside Broadcasting / Outside Recoding

Fungsi : Melakukan konti diluar dan merakam bahan seperti ceramah, khutbah Jumaat dan temu
              bual untuk dihantar ke konti secara "live".

Taklimat ringkas diberikan oleh Encik Mansor tentang kerja-kerja yang dilakukan dilakukan di unit OB/OR. Seperti taklimat ringkas tentang tingkah laku semasa melakukan dan cara-cara untuk melakukan rakaman di luar kawasan RTM. Kami juga diterangkan oleh Encik Mansor tentang borang tempahan untuk melakukan rakaman di luar serta diberi penerangan tentang peralatan yang digunakan di unit berikut.


1. Mempelajari tentang pengadun "mixer" dan kabel audio.

                 


2. Mempelajari tentang peralatan yang akan digunakan oleh Unit OB/OR dan cara-cara untuk melakukan outside broadcast dengan menggunakan peralatan seperti JK AUDIO, PARROT, pengadun, telefon bimbit dan lain-lain.

Cara-cara untuk menyambung peranti yg dipasang untuk disambung terus ke konti :-
1.Smbung power supply ke JK AUDIO dan Mixer 8 chanel.
2.Sambungkan mic dan headset ke mixer dan JK AUDIO.
3.Tekan butang on untuk hidupkan.
5.On telefon bimbit.
6.Sambungkan telefon bimbit ke JK AUDIO dengan cara bluetooth.
7.Test.
8.Siap dan boleh digunakan.


                


3. Membantu staf OB/OR untuk melakukan siaran luar tentang khutbah Jumaat di Masjid Zahir Alor Setar.

      


4. Mempelajari tentang jenis gelombang mikrofon.


 


5. Mempelajaritentang bagaimana hendak format PC dan memasang semula Window oleh encik
    Amri.  

Cara-cara untuk format dan pasang semula Window ke dalam PC :-

1. Back up semua data-data yang penting
2. Buka double driver
3. Download driver semula
4. Scan current system
5. Back up now
6. F2 , delete tab
7. Restart pc
8. Masuk Bios setup
9. Menu boot
10. Boot device priority
11. ESC, exit, accept
12. Disc 0, partition 2 : format
13. Driver option
14. Format OK

               


6. Membantu staf untuk merakam ceramah di dewan Balai Polis Kontijen Alor Setar.

    



7. Membantu staf OB/OR membuat konti diluar ataupun siaran luar di Pendang semperna Hari JPJ
    Malaysia.

         


(Khamis, 21/01/16) - Tamat dibahagian Unit OB/OR